Di Atas Sajadah Cinta

Tentang Saya
Home
Di Atas Sajadah Cinta
Tentang Saya
Fadhilat
Dari Caldecott
Teman Dan Sahabat
Karya Terbaru...
Pedoman

anakjohor.gif

anuarzain.jpg

  Nama saya yang tertera di dalam sijil kelahiran ialah Sher Razy Bin Sher Rahman, dan dilahirkan tanggal 28 Januari 1975 pada hari Selasa tepat jam 2.00 petang di Hospital Besar Johor (kini dikenali dengan nama Hospital Sultanah Aminah) atas perkongsian hidup ibu saya Puan Zinat Jan Bt Fazar Rahman bersama ayah saya Encik Sher Rahman Bin Abdul Rehman. Saya merupakan anak yang kedua, tapi kini saya menjadi anak pertama kerana abang saya Sher Zaman Bin Sher Rahman telah kembali ke rahmatullah pada usianya 10 tahun, andai ditakdirkan ia masih hidup, usianya kini telah 32 tahun. Tapi yang pergi telah dijanjikan, tinggal kita yang hidup terus berusaha mencari keredhaanNya.
 

Bersama Penyanyi Kesayangan Ku
razzisiti.jpg
Siti Nurhaliza Di Choc House Duty Free JB

 

Saya juga memegang sijil Khas Perguruan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Agama Johor. Saya pernah menjadi guru sandaran untuk menggantikan guru-guru sepenuh masa yang cuti bersalin. Tetapi saya tidak begitu gemar mengajar kerana amat besar tanggungjawab mendidik anak-anak murid ke jalan Allah, maklumlah mengajar agama ni bukan perkara yang boleh diambil lewa, semua mesti disampaikan supaya kelak di hari akhirat nanti tidak dipersoalkan dihadapan Allah. Saya lebih suka bekerja di tempat saya kerja sekarang, meskipun bergaji kecil dan sederhana kerjanya jika dibandingkan dengan kelulusan yang saya milikki, tapi saya gembira dapat berinteraksi dengan orang ramai, bertukar pendapat dan kita dapat melihat bermacam ragam dan jenis manusia, saya tidak suka kerja di pejabat, suasananya begitu membosankan dan tidak banyak ruang untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan orang ramai.

 

Saya suka berkawan dan kawan saya ramai, saya mudah mesra dan cepat rapat dengan seseorang dan ada yang kata saya ni kelakar orangnya, saya tak tahu apa yang kelakar saya ni, saya gemar melancong dan melihat negara orang. Dan tempat yang saya idamkan untuk sampai ialah ke Tanah Haram, Makkah Tul Mukkaramah. Saya teringin sekali berdoa dihadapan Kaabah Tullah, dan memohon agar keamanan dunia dikurniakan kepada seluruh umat manusia agar tidak akan ada lagi persengketaan sesama manusia yang mendatangkan kebinasaan dan kehilangan nyawa. Saya mudah tersentuh melihat kesengsaraan orang lain. Kalau diberikan pilihan, saya ingin berkongsi kesusahan, kepayahan dan kesengsaraan orang lain agar dapat meringkan lagi bebanan yang ditanggung mereka.

 

Jika tiada aral melintang, dalam setahun atau dua tahun lagi jika dipanjangkan umur dan jika simpanan wang dalam Urusan Tabung Haji telah mencukupi, insyaAllah saya akan menjadi satu dari berjuta tetamu Allah datang berwukuf di tanah suci Mekah.

Kegemaran Masa Terluang

Antara kegiatan, kegemaran dan hobi saya di masa lapang :

Rancangan TV: Mr Bean, X Files, KOTT
Filem Kegemaran : Spiderman, Titanic, Beautiful Mind dan Embun:
Artis Kegemaran : Siti Nurhaliza, New boyz, In Team, UNIC:
Buku Terakhir dibaca : Di Atas Sajadah Cinta
Favorite Sports Team: Tak suka sukan lah, kaki bangku
Favorite Food: Asam Pedas Mak saya
People I Most Admire:
Keluarga saya

ctnurhaliza.jpg

Hadis Pilihan Bulan Ini

Petikan Hadis Rasulullah S.A.W. bersabda mafhumnya:

"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."

Inilah gambar penyanyi pujaan saya.Siti Nurhaliza
siti2.jpg
Ayunya dibertudung litup.

mcs_mediacorp.gif

Periksa Saman Anda
jpj-logo1.jpg