Nama saya yang tertera di dalam sijil kelahiran ialah Sher Razy
Bin Sher Rahman, dan dilahirkan tanggal 28 Januari 1975 pada hari Selasa tepat jam 2.00 petang di Hospital Besar Johor (kini
dikenali dengan nama Hospital Sultanah Aminah) atas perkongsian hidup ibu saya Puan Zinat Jan Bt Fazar Rahman bersama ayah
saya Encik Sher Rahman Bin Abdul Rehman. Saya merupakan anak yang kedua, tapi kini saya menjadi anak pertama kerana abang
saya Sher Zaman Bin Sher Rahman telah kembali ke rahmatullah pada usianya 10 tahun, andai ditakdirkan ia masih hidup, usianya
kini telah 32 tahun. Tapi yang pergi telah dijanjikan, tinggal kita yang hidup terus berusaha mencari keredhaanNya.
Bersama Penyanyi Kesayangan Ku |
|
Siti Nurhaliza Di Choc House Duty Free JB |
Saya juga memegang sijil Khas Perguruan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan berdaftar dengan Jabatan Pendidikan
Agama Johor. Saya pernah menjadi guru sandaran untuk menggantikan guru-guru sepenuh masa yang cuti bersalin. Tetapi saya tidak
begitu gemar mengajar kerana amat besar tanggungjawab mendidik anak-anak murid ke jalan Allah, maklumlah mengajar agama ni
bukan perkara yang boleh diambil lewa, semua mesti disampaikan supaya kelak di hari akhirat nanti tidak dipersoalkan dihadapan
Allah. Saya lebih suka bekerja di tempat saya kerja sekarang, meskipun bergaji kecil dan sederhana kerjanya jika dibandingkan
dengan kelulusan yang saya milikki, tapi saya gembira dapat berinteraksi dengan orang ramai, bertukar pendapat dan kita dapat
melihat bermacam ragam dan jenis manusia, saya tidak suka kerja di pejabat, suasananya begitu membosankan dan tidak banyak
ruang untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan orang ramai.
Saya suka berkawan dan kawan saya ramai, saya mudah mesra dan cepat rapat dengan seseorang dan ada yang kata saya ni
kelakar orangnya, saya tak tahu apa yang kelakar saya ni, saya gemar melancong dan melihat negara orang. Dan tempat yang saya
idamkan untuk sampai ialah ke Tanah Haram, Makkah Tul Mukkaramah. Saya teringin sekali berdoa dihadapan Kaabah Tullah, dan
memohon agar keamanan dunia dikurniakan kepada seluruh umat manusia agar tidak akan ada lagi persengketaan sesama manusia
yang mendatangkan kebinasaan dan kehilangan nyawa. Saya mudah tersentuh melihat kesengsaraan orang lain. Kalau diberikan pilihan,
saya ingin berkongsi kesusahan, kepayahan dan kesengsaraan orang lain agar dapat meringkan lagi bebanan yang ditanggung mereka.
Jika tiada aral melintang, dalam setahun atau dua tahun lagi jika dipanjangkan umur dan jika simpanan wang dalam Urusan
Tabung Haji telah mencukupi, insyaAllah saya akan menjadi satu dari berjuta tetamu Allah datang berwukuf di tanah suci Mekah.
|
Kegemaran Masa Terluang
Antara kegiatan, kegemaran dan hobi saya di masa lapang :
Rancangan TV: Mr Bean, X Files, KOTT Filem
Kegemaran : Spiderman, Titanic, Beautiful Mind dan Embun: Artis Kegemaran
: Siti Nurhaliza, New boyz, In Team, UNIC: Buku Terakhir dibaca : Di Atas Sajadah Cinta
Favorite Sports Team: Tak suka sukan lah, kaki bangku Favorite
Food: Asam Pedas Mak saya People I Most Admire: Keluarga saya
|
|
|
|