Terimakasih saya yang tidak terhingga buat Sis Rozy GereQ dan kak Rock aka Mami Chombi, kerananya saya sampai ke TKC
dan kerana mereka jugalah saya kena 'dera' oleh Dj Azmi dan Dj Azlin di hadapan penonton. Mereka beria-ia tolak saya suruh
tampil ke depan, ingatkan nak jawab soalan, tapi kena menarik lagu rap hip hop...Mak oiii...Lagu Too Phat tapi yang kuar,
too fat (hahahaha), lagu Ala Canggung.
Tapi jangan tak tahu, antara peserta yang paling sporting petang tu, sapa lagi...sayalah. dapat undian tertinggi menerusi
tepukan orang ramai. Ok gak sekali sekala turun padang.
Terimakasih juga buat suami sis Rozy GereQ, brader Adi Peck yang tolong hantar saya ke Bugis MRT untuk saya pulang semula
ke JB. Petang tu hujan lebat...
Terimakasih daun keladi, acara lain kali ajaklah lagi...